Selasa, 3 September 2019

Penggunaan alat-alat pemikiran dalam kehidupan seharian

Created by Mohamad hafiz bin hashim
Assalamualaikum,  bertemu kembali bersama Cikgu Hafiz.

Sebelum itu dijemput ke blog pensyarah saya: http://norlizakushairi.blogspot.com

Hari cikgu ingin menceritakan penggunaan alat-alat pemikiran dalam kehidupan. Sebelum cikgu mulakan adakah semua sudah lihat video cikgu?  Dalam video tersebut cikgu cikgu sedang menguji kereta mainan yang dibuat oleh kumpulan cikgu sendiri. Tujuannya adalah untuk memilih kenderaan mana satu yang berkualiti diantara kumpulan-kumpulan yang lain dan untuk dijual. Dalam menghasilkan kereta ini cikgu dan rakan-rakan menggunakkan beberapa alat-alat pemikiran. Antaranya ialah:

  1. 6 Thinking hats
  2. Cort 1
  3. Cort 4
Pengunaan alat pertama iaitu 6 Thinking hats. Pada awalnya kumpulan kami tidak mengetahui apa yang perlu dilakukan, lalu cikgu memulakan perbincangan ini dengan memberi tahu apa objektif aktiviti ini dilakukan. Cikgu menggunakan Topi Putih dan Topi Biru iaitu berfungsi sebagai pembuka perbicaraan dan sebagai ketua dalam perbincangan. Dalam perbincangan tersebut dua kenderaan yang dicadangkan iaitu kereta lumba dan kren. Cikgu dan rakan sepasukan menggunakan Topi Hijau (6 Thinking Hats) . Lalu cikgu membentangkan kebaikan dan keburukan setiap kenderaan. Cikgu lebih memilih kepada kereta lumba. Cikgu menceritakan kebaikan kereta lumba. Kebaikan kereta lumba ialah bentuknya yang lebih aerodinamik yang membolehkan ianya membelah angin dengan lebih baik seterusnya menambahkan kelajuannya. Seterusnya ialah ketinggian kereta lumba ini rendah dan titik gravitinya juga rendah,  membolehkan kereta tersebut membelok diselekoh yang tajam tanpa kereta itu terbalik. Namun keburukannya ialah tidak boleh menyimpan barang yang banyak dan boleh dinaiki seorang sahaja. Seperti situasi tersebut cikgu menggunakan PMI (Plus Minus Interesting) dalam cort 1 dan Alat Keperluan dalam cort 4. Rakan sekumpulan cikgu iaitu Cikgu Farhah dan Cikgu Aliah mendengar pendapat cikgu dan menilainya. Mereka menggunakan Alat Penilaian (cort 4), Alat Singkirkan Kecacatan (cort 4) dan topi kuning (6 Thinking Hats).
Kami sekumpulan berpakat untuk mengambil model kereta lumba sebagai model pilihan. Selepas itu, kami perlu membentangkan ciri-ciri, kelebihan dan kemampuan model tersendiri. Cikgu membentangkan seperti mana yang cikgu terangkan kepada cikgu Aliah dan cikgu Farhah sebelum ini. Begitulah antaranya alat-alat pemikiran yang cikgu gunakan di dalam kehidupan seharian.

Rabu, 7 Ogos 2019

FARHAH'S STORY

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada pembaca yang sedang membaca penulisan saya ini 😊
Sebelum itu, jemput ke blog pensyarah saya: http://norlizakushairi.blogspot.com

Saya ingin menceritakan tentang pengalaman saya semasa belajar kursus kemahiran belajar di Institut Perguruan Kampus Darulaman (IPGKDA) sepanjang tempoh sudah hampir 2 bulan berada di sini.
Tahukah anda banyak perkara yang menarik yang baru saya pelajari apabila mengambil kursus GKB1053 (Kemahiran Belajar)?



Kemahiran belajar merupakan kemahiran yang dapat diguna pakai sepanjang kehidupan. Kemahiran ini perlu didedahkan kepada semua pelajar supaya mereka memahami dan dapat mengaplikasi teknik-teknik pembelajaran dalam kehidupan seharian dengan berkesan. Dengan kemahiran ini juga, para pelajar dapat menambah ilmu pengetahuan yang sedia ada  tentang kemahiran belajar. 

Pengalaman saya sewaktu di bangku persekolahan, saya tidak diberikan  pendedahan secara mendalam tentang perkara yang berkaitan dengan kemahiran belajar. Apabila saya menuntut di IPGKDA barulah saya diberi pendedahan dan penekanan terhadap teknik-teknik kemahiran belajar yang dapat digunakan semasa proses pembelajaran mahupun di luar proses pembelajaran. Saya berasa sangat gembira dan 'excited' apabila hendak belajar kursus kemahiran belajar. Tambahan pula, pensyarah yang mengajar saya sangat baik hati, penyayang dan comel iaitu, Dr Norliza Bt Kushairi. Hal ini membuatkan saya lebih bersemangat tiap kali hendak belajar kursus tersebut. 

Teknik-teknik kemahiran belajar banyak digunakan dan diaplikasikan apabila kami mulai diberi tugasan berkumpulan oleh dr norliza. Kami diminta untuk membentangkan tugasan yang diberi dalam bentuk yang kreatif dan menarik secara berkumpulan supaya dapat menarik minat para pendengar untuk mendengar segala apa yang disampaikan oleh kami. Bermula dari detik itu, otak kami bertiga (saya, Aliah dan Hafiz) mula ligat berfikir tentang kaedah apa yang hendak kami lakukan supaya pembentangan kami itu tidak membosankan. Hafiz mula bertindak sebagai ketua (blue hat) bagi memulakan perbincangan kami. Satu persatu idea mula meletus dari benak fikiran kami. Sekiranya ada idea yang tidak bersesuaian, ahli kumpulan saya akan saling memperbaiki serta melakukan penambahbaikan terhadap idea-idea tersebut (yellow hat). 

Seterusnya, sewaktu pensyarah memberi kuliah, tangan saya pantas menyalin bait-bait perkataan yang disebutkan oleh pensyarah dalam bentuk yang ringkas dengan menggunakan teknik membuat nota yang telah saya pelajari semasa kursus Kemahiran Belajar. Terdapat lima kaedah membuat nota yang telah saya pelajari. Antaranya ialah, annotation, column notes, summary notes, outline notes dan yang terakhir iallah cornell notes. Kaedah yang saya gemar lakukan ialah cornell notes. Saya memilih untuk menggunakan cornell notes ini kerana terdapat pelbagai kelebihan yang saya peroleh melalui penggunaannya. Antaranya ialah, menjimatkan masa untuk ulangkaji ringkas terutamanya disaat akhir peperiksaan, sebagai tanda kita telah memahami pelajaran yang dipelajari dan ia boleh dianggap sebagai inti-pati bagi matapelajaran berikut, membezakan diantara fakta yang penting dan yang kurang penting. Ini bererti nota yang kita tulis itu adalah rumusan penting yang sebaik-baiknya kita kuasai dan hafal dan yang terakhir ialah dapat memudahkan proses mengingat. Oleh sebab itu, saya berasa lebih mudah untuk memahami sesuatu nota apabila dibuat dengan cara ini. 

CONTOH KAEDAH MEMBUAT NOTA YANG DIHASILKAN OLEH SAYA






ANNOTATION NOTES

OUTLINE NOTES




SUMMARY NOTES


CORNELL NOTES


COLUMN NOTES


Seterusnya kami juga menggunakan teknik-teknik kemahiran belajar yang lain semasa melakukan aktiviti membina kenderaan dengan menggunakan lego secara berkumpulan. Antaranya ialah, six thinking hat dan Cort 1.


SIX THINKING HATS

Kami mengaplikasikan kaedah six thinking hats semasa hendak membina kereta mainan menggunkan lego. Topi yang digunakan ialah topi biru. Hafiz menggunakan topi biru. Hal ini kerana, Hafiz bertindak sebagai ketua kumpulan yang akan memulakan perbincangan kumpulan kami untuk merancang strategi bagi membina kereta mainan tersebut. Aliah memberi cadangan supaya kumpulan kami membina kereta lumba. Tanpa kami sedari Aliah telah menggunakan topi hijau iaitu dengan mengemukakan idea-idea yang menarik dan subur bagi membina kereta. Seterusnya, saya menggunakan topi kuning dengan memperbetulkan apa yang kurang daripada idea yang disampaikan oleh Aliah. Oleh itu, kumpulan kami dapat menghasilkan sebuah kereta lumba yang menarik.

CoRT I

Kami menggunakan alat PMI iaitu plus, minus, interesting. Hal ini bagi meluaskan fikiran tentang teknik atau cara untuk membina sebuah kereta mainan yang kukuh dan canggih. Semasa kami melakukan perbincangan untuk membina kereta, terdapat idea-idea yang tidak sesuai digunakan telah dikemukakan oleh ahli kumpulan. Kami tidak menyalahkan idividu tersebut tetapi kami bersama-sama berusaha memperbaiki kekurangan tersebut dan idea baik yang dikemukakan oleh ahli kumpulan dapat kami jadikan  sebagai contoh. Seterusnya, kami mengambil kira semua faktor (Consider All Factors). Kami membuat peninjauan terhadap semua aspek situasi dengan lengkap dan menyeluruh supaya tidak terlupa tentang perkara yang penting. Contohnya, kami mengambil berat tentang apa yang akan berlaku sekiranya tayar kereta yang dihasilkan oleh kumpulan kami tidak mempunyai bunga tayar. Pelbagai perkara yang tidak diingini seperti kemalangan berkemungkinan besar akan berlaku terutamanya apabila lalu di kawasan yang licin.

Kesimpulannya, terdapat pelbagai teknik-teknik kemahiran belajar yang dapat kita gunakan dan aplikasi bagi menyelesaikan masalah atau melakukan sesuatu perkara yang kita hadapi sepanjang hayat kita.




Segalanya bermula disini

Nukilan: Nur Aliah Syazana Binti Mohamad Fauzi

Sebelum itu, jemput ke blog pensyarah saya: http://norlizakushairi.blogspot.com

Hai semuaaaa, Assalamualaikum!
Pernahkah anda terfikir untuk menyambungkan pelajaran ke Institut Pendidikan Guru? Bagaimana pembelajaran di sini?

Untuk pengetahuan pembaca semua, saya telah ditempatkan di IPG Kampus Darulaman, Jitra, Kedah sebagai singkatannya IPGKDA atau dikenali sebagai IPDA bermula tarikh 18/06/2019. Pada mulanya, saya tidak pernah mengimpikan untuk menyambung pelajaran ke sini, kerana terlalu didedahkan bahawa Institut Pendidikan Tinggi itu hanya merangkumi universiti sahaja.

Namun, setelah menjalani beberapa saringan dan terpilih ke IPG, saya cuba 'follow the flow'. Berat juga hati saya untuk ke ipg kerana saya telah mendaftarkan diri di kolej matrikulasi pulau pinang. Tanpa saya sedar saya telah menggabungkan dua alat CoRT 1 iaitu CAF (Consider All Factor) dan C&S (consequences and sequel) untuk berpindah ke sini. Misalnya, saya telah mengambil kira faktor kewangan.

>Dalam jangka masa pendek " Kalau masuk ipg, aku perlukan wang untuk pendafataran lagi, cukupkah duit aku nih?"
>Dalam jangka masa panjang " kalau aku sambung matriks, nanti selepas setahun aku perlukan wang yang lebih banyak untuk kemasukan ke universiti"

Seterusnya bagi faktor pekerjaan.

Di matriks "Kalau aku sambung matriks nih, confirmkah aku boleh dapat course yang aku nak"
Di IPG "Kalau masuk ipg nih, pekerjaan pun dah terjamin..."

Setelah mengalami masa yang lama untuk membuat pilihan yang tepat, akhirnya disinilah saya. Saat pertama kali melangkah kaki ke IPGKDA, sewaktu hari pendaftaran hati yang pada mula berdebar mula tenang apabila mudah adapt dengan suasana di sini.

Semenjak hari pertama saya menjejakkan kaki di IPDA saya telah menggunakan kemahiran bersosial untuk sesi berkenalan dan suai kenal dengan rakan-rakan. Memandangkan saya seorang yang pasif, pada mulanya saya agak keberatan untuk menegur rakan-rakan baru. Namun, memikirkan bahawa saya bakal guru, saya cuba beramah mesra dengan rakan sekelas saya. Hasilnya, dalam masa tidak sampai seminggu kami telah ada gambar kelas.

     First picture of PAI 3 on 25th June 2019

Kemahiran ini adalah penting sebagai bakal guru untuk berhadapan dengan murid, guru mahupun masyarakat. Pada malam terakhir minggu orientasi juga saya telah menggunakan kemahiran bersosial dengan menggunakn keberanian yang ada berlakon di atas pentas. sungguh ianya pengalaman pertama saya memegang mikrofon dan berada di atas pentas. Memandangkan kehidupan IPG tidak lari dengan pembentangan kumpulan, kami memerlukan kemahiran sosial dan komunikasi yang baik dalam kumpulan.

Dalam perbincangan kumpulan pula, setiap seorang mempunyai sikap dan peranan masing-masing sejajar dengan salah satu topik yang dipelajari 6 thinking hats6 thinking hats ialah cara manusia berfikir untuk mengurus dan juga menyelesaikan masalah harian. Maka, dalam kerja kumpulan minggu ke-9 kami (hafiz, farhah dan aliah) telah secara tidak langsung menggunakan kaedahini untuk menghasilkan kenderaan menggunakan lego. Saya bertindak sebagai Green hats. Yakni, memberi idea bagi membina kereta berdasarkan subjek fizik yang pernah dipelajari ketika sekolah menengah. Selain itu, Farhah pula berperanan sebagai pemilik Yellow hats di mana dia akan memperbaiki segala kelemahan dalam setiap idea yang saya lotarkan. Farhah juga berfikiran seolah-olah seorang engineer bagi memastikan kereta itu tidak musnah apabila diuji di atas papan gelongsor. Seterusnya, Hafiz pula berperanan sebagai pemilik Blue hats. Hafiz bertindak mengawal dan mengawasi samada idea yang telah dimurnikan itu boleh diterima atau tidak. Selain itu, hafiz juga berperanan sebagai seorang ketua bagi membuktikan segala apa yang kami hasilkan mendapat sokongan dari rakan sekelas.

Sebagai kesimpulannya, setiap proses yang menggunakan akal untuk berfikir mempunyai nama dan jenisnya sendiri. Maka, inilah antara topik-topik yang dipelajari dalam subjek Kemahiran Belajar di peringkat IPG. Menarik bukan? Disini barulah saya dapat tahu bertapa banyaknya proses berfikir yang telah digunakan akal kita tanpa disedari. Subhanallah, Maha suci Allah


Selasa, 6 Ogos 2019

IPG KAMPUS DARUL AMAN

Assalamualaikum,  apa khabar pembaca semua😇.  Selepas habis fasa SPM diperingkat sekolah menengah saya menyambung ke IPG DARUL AMAN. Saya ingin menceritakan pengalaman saya di sini. Di sini seronok dan suasananya aman. Ada satu mata pelajaran ini menarik perhatian saya iaitu kemahiran belajar. Subjek sangat best dan lecturer dia best.

Penggunaan alat-alat pemikiran dalam kehidupan seharian

Created by Mohamad hafiz bin hashim Assalamualaikum,  bertemu kembali bersama Cikgu Hafiz. Sebelum itu dijemput ke blog pensyarah saya...