Sebelum itu, jemput ke blog pensyarah saya: http://norlizakushairi.blogspot.com
Hai semuaaaa, Assalamualaikum!
Pernahkah anda terfikir untuk menyambungkan pelajaran ke Institut Pendidikan Guru? Bagaimana pembelajaran di sini?
Untuk pengetahuan pembaca semua, saya telah ditempatkan di IPG Kampus Darulaman, Jitra, Kedah sebagai singkatannya IPGKDA atau dikenali sebagai IPDA bermula tarikh 18/06/2019. Pada mulanya, saya tidak pernah mengimpikan untuk menyambung pelajaran ke sini, kerana terlalu didedahkan bahawa Institut Pendidikan Tinggi itu hanya merangkumi universiti sahaja.
Namun, setelah menjalani beberapa saringan dan terpilih ke IPG, saya cuba 'follow the flow'. Berat juga hati saya untuk ke ipg kerana saya telah mendaftarkan diri di kolej matrikulasi pulau pinang. Tanpa saya sedar saya telah menggabungkan dua alat CoRT 1 iaitu CAF (Consider All Factor) dan C&S (consequences and sequel) untuk berpindah ke sini. Misalnya, saya telah mengambil kira faktor kewangan.
>Dalam jangka masa pendek " Kalau masuk ipg, aku perlukan wang untuk pendafataran lagi, cukupkah duit aku nih?"
>Dalam jangka masa panjang " kalau aku sambung matriks, nanti selepas setahun aku perlukan wang yang lebih banyak untuk kemasukan ke universiti"
Seterusnya bagi faktor pekerjaan.
Di matriks "Kalau aku sambung matriks nih, confirmkah aku boleh dapat course yang aku nak"
Di IPG "Kalau masuk ipg nih, pekerjaan pun dah terjamin..."
Setelah mengalami masa yang lama untuk membuat pilihan yang tepat, akhirnya disinilah saya. Saat pertama kali melangkah kaki ke IPGKDA, sewaktu hari pendaftaran hati yang pada mula berdebar mula tenang apabila mudah adapt dengan suasana di sini.
Semenjak hari pertama saya menjejakkan kaki di IPDA saya telah menggunakan kemahiran bersosial untuk sesi berkenalan dan suai kenal dengan rakan-rakan. Memandangkan saya seorang yang pasif, pada mulanya saya agak keberatan untuk menegur rakan-rakan baru. Namun, memikirkan bahawa saya bakal guru, saya cuba beramah mesra dengan rakan sekelas saya. Hasilnya, dalam masa tidak sampai seminggu kami telah ada gambar kelas.
First picture of PAI 3 on 25th June 2019
Kemahiran ini adalah penting sebagai bakal guru untuk berhadapan dengan murid, guru mahupun masyarakat. Pada malam terakhir minggu orientasi juga saya telah menggunakan kemahiran bersosial dengan menggunakn keberanian yang ada berlakon di atas pentas. sungguh ianya pengalaman pertama saya memegang mikrofon dan berada di atas pentas. Memandangkan kehidupan IPG tidak lari dengan pembentangan kumpulan, kami memerlukan kemahiran sosial dan komunikasi yang baik dalam kumpulan.
Dalam perbincangan kumpulan pula, setiap seorang mempunyai sikap dan peranan masing-masing sejajar dengan salah satu topik yang dipelajari 6 thinking hats. 6 thinking hats ialah cara manusia berfikir untuk mengurus dan juga menyelesaikan masalah harian. Maka, dalam kerja kumpulan minggu ke-9 kami (hafiz, farhah dan aliah) telah secara tidak langsung menggunakan kaedahini untuk menghasilkan kenderaan menggunakan lego. Saya bertindak sebagai Green hats. Yakni, memberi idea bagi membina kereta berdasarkan subjek fizik yang pernah dipelajari ketika sekolah menengah. Selain itu, Farhah pula berperanan sebagai pemilik Yellow hats di mana dia akan memperbaiki segala kelemahan dalam setiap idea yang saya lotarkan. Farhah juga berfikiran seolah-olah seorang engineer bagi memastikan kereta itu tidak musnah apabila diuji di atas papan gelongsor. Seterusnya, Hafiz pula berperanan sebagai pemilik Blue hats. Hafiz bertindak mengawal dan mengawasi samada idea yang telah dimurnikan itu boleh diterima atau tidak. Selain itu, hafiz juga berperanan sebagai seorang ketua bagi membuktikan segala apa yang kami hasilkan mendapat sokongan dari rakan sekelas.
Sebagai kesimpulannya, setiap proses yang menggunakan akal untuk berfikir mempunyai nama dan jenisnya sendiri. Maka, inilah antara topik-topik yang dipelajari dalam subjek Kemahiran Belajar di peringkat IPG. Menarik bukan? Disini barulah saya dapat tahu bertapa banyaknya proses berfikir yang telah digunakan akal kita tanpa disedari. Subhanallah, Maha suci Allah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan