Rabu, 7 Ogos 2019

FARHAH'S STORY

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada pembaca yang sedang membaca penulisan saya ini 😊
Sebelum itu, jemput ke blog pensyarah saya: http://norlizakushairi.blogspot.com

Saya ingin menceritakan tentang pengalaman saya semasa belajar kursus kemahiran belajar di Institut Perguruan Kampus Darulaman (IPGKDA) sepanjang tempoh sudah hampir 2 bulan berada di sini.
Tahukah anda banyak perkara yang menarik yang baru saya pelajari apabila mengambil kursus GKB1053 (Kemahiran Belajar)?



Kemahiran belajar merupakan kemahiran yang dapat diguna pakai sepanjang kehidupan. Kemahiran ini perlu didedahkan kepada semua pelajar supaya mereka memahami dan dapat mengaplikasi teknik-teknik pembelajaran dalam kehidupan seharian dengan berkesan. Dengan kemahiran ini juga, para pelajar dapat menambah ilmu pengetahuan yang sedia ada  tentang kemahiran belajar. 

Pengalaman saya sewaktu di bangku persekolahan, saya tidak diberikan  pendedahan secara mendalam tentang perkara yang berkaitan dengan kemahiran belajar. Apabila saya menuntut di IPGKDA barulah saya diberi pendedahan dan penekanan terhadap teknik-teknik kemahiran belajar yang dapat digunakan semasa proses pembelajaran mahupun di luar proses pembelajaran. Saya berasa sangat gembira dan 'excited' apabila hendak belajar kursus kemahiran belajar. Tambahan pula, pensyarah yang mengajar saya sangat baik hati, penyayang dan comel iaitu, Dr Norliza Bt Kushairi. Hal ini membuatkan saya lebih bersemangat tiap kali hendak belajar kursus tersebut. 

Teknik-teknik kemahiran belajar banyak digunakan dan diaplikasikan apabila kami mulai diberi tugasan berkumpulan oleh dr norliza. Kami diminta untuk membentangkan tugasan yang diberi dalam bentuk yang kreatif dan menarik secara berkumpulan supaya dapat menarik minat para pendengar untuk mendengar segala apa yang disampaikan oleh kami. Bermula dari detik itu, otak kami bertiga (saya, Aliah dan Hafiz) mula ligat berfikir tentang kaedah apa yang hendak kami lakukan supaya pembentangan kami itu tidak membosankan. Hafiz mula bertindak sebagai ketua (blue hat) bagi memulakan perbincangan kami. Satu persatu idea mula meletus dari benak fikiran kami. Sekiranya ada idea yang tidak bersesuaian, ahli kumpulan saya akan saling memperbaiki serta melakukan penambahbaikan terhadap idea-idea tersebut (yellow hat). 

Seterusnya, sewaktu pensyarah memberi kuliah, tangan saya pantas menyalin bait-bait perkataan yang disebutkan oleh pensyarah dalam bentuk yang ringkas dengan menggunakan teknik membuat nota yang telah saya pelajari semasa kursus Kemahiran Belajar. Terdapat lima kaedah membuat nota yang telah saya pelajari. Antaranya ialah, annotation, column notes, summary notes, outline notes dan yang terakhir iallah cornell notes. Kaedah yang saya gemar lakukan ialah cornell notes. Saya memilih untuk menggunakan cornell notes ini kerana terdapat pelbagai kelebihan yang saya peroleh melalui penggunaannya. Antaranya ialah, menjimatkan masa untuk ulangkaji ringkas terutamanya disaat akhir peperiksaan, sebagai tanda kita telah memahami pelajaran yang dipelajari dan ia boleh dianggap sebagai inti-pati bagi matapelajaran berikut, membezakan diantara fakta yang penting dan yang kurang penting. Ini bererti nota yang kita tulis itu adalah rumusan penting yang sebaik-baiknya kita kuasai dan hafal dan yang terakhir ialah dapat memudahkan proses mengingat. Oleh sebab itu, saya berasa lebih mudah untuk memahami sesuatu nota apabila dibuat dengan cara ini. 

CONTOH KAEDAH MEMBUAT NOTA YANG DIHASILKAN OLEH SAYA






ANNOTATION NOTES

OUTLINE NOTES




SUMMARY NOTES


CORNELL NOTES


COLUMN NOTES


Seterusnya kami juga menggunakan teknik-teknik kemahiran belajar yang lain semasa melakukan aktiviti membina kenderaan dengan menggunakan lego secara berkumpulan. Antaranya ialah, six thinking hat dan Cort 1.


SIX THINKING HATS

Kami mengaplikasikan kaedah six thinking hats semasa hendak membina kereta mainan menggunkan lego. Topi yang digunakan ialah topi biru. Hafiz menggunakan topi biru. Hal ini kerana, Hafiz bertindak sebagai ketua kumpulan yang akan memulakan perbincangan kumpulan kami untuk merancang strategi bagi membina kereta mainan tersebut. Aliah memberi cadangan supaya kumpulan kami membina kereta lumba. Tanpa kami sedari Aliah telah menggunakan topi hijau iaitu dengan mengemukakan idea-idea yang menarik dan subur bagi membina kereta. Seterusnya, saya menggunakan topi kuning dengan memperbetulkan apa yang kurang daripada idea yang disampaikan oleh Aliah. Oleh itu, kumpulan kami dapat menghasilkan sebuah kereta lumba yang menarik.

CoRT I

Kami menggunakan alat PMI iaitu plus, minus, interesting. Hal ini bagi meluaskan fikiran tentang teknik atau cara untuk membina sebuah kereta mainan yang kukuh dan canggih. Semasa kami melakukan perbincangan untuk membina kereta, terdapat idea-idea yang tidak sesuai digunakan telah dikemukakan oleh ahli kumpulan. Kami tidak menyalahkan idividu tersebut tetapi kami bersama-sama berusaha memperbaiki kekurangan tersebut dan idea baik yang dikemukakan oleh ahli kumpulan dapat kami jadikan  sebagai contoh. Seterusnya, kami mengambil kira semua faktor (Consider All Factors). Kami membuat peninjauan terhadap semua aspek situasi dengan lengkap dan menyeluruh supaya tidak terlupa tentang perkara yang penting. Contohnya, kami mengambil berat tentang apa yang akan berlaku sekiranya tayar kereta yang dihasilkan oleh kumpulan kami tidak mempunyai bunga tayar. Pelbagai perkara yang tidak diingini seperti kemalangan berkemungkinan besar akan berlaku terutamanya apabila lalu di kawasan yang licin.

Kesimpulannya, terdapat pelbagai teknik-teknik kemahiran belajar yang dapat kita gunakan dan aplikasi bagi menyelesaikan masalah atau melakukan sesuatu perkara yang kita hadapi sepanjang hayat kita.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Penggunaan alat-alat pemikiran dalam kehidupan seharian

Created by Mohamad hafiz bin hashim Assalamualaikum,  bertemu kembali bersama Cikgu Hafiz. Sebelum itu dijemput ke blog pensyarah saya...